Setiap kali rakan berborak mengenai kehebatan pasukan Manchester United, Chelsea dan Liverpool, saya hanya mendiamkan diri kerana tidak meminati sukan bola sepak.Tahun 1993, sebelum bertugas di TV3, saya berkerja di Ipoh, Perak. Kebanyakkan kawan ketika itu penyokong fanatik pasukan bola sepak Perak. Biarpun tidak meminati sukan itu, saya sering dipelawa rakan menonton perlawanan membabitkan pasukan negeri kelahiran saya. Jadi, beberapa kali saya turut serta menjerit di stadium sekadar melawan tempikan penyokong pasukan lawan. Masih ingat, anggota kumpulan Senario, Mazlan Pet Pet waktu itu penyokong kuat pasukan hijau kuning, Kedah. Jika pasukan Perak bertemu Kedah, sudah pasti kedengaran ‘trademark’ Lan, bunyi trumpet berkumandang di stadium. Walau bagaimanapun, ketika itu kumpulan Senario belum ditubuhkan lagi, Lan tidak dikenali. Kalah atau menang dalam perlawanan, penonton hanya sekadar berbuat bising sebagai tanda sokongan, tamat perlawanan, kami pulang ke rumah masing-masing.
Itu trend penyokong 16 tahun lalu.
Kini saya masih tidak meminati bola sepak tetapi gemar memerhati gelagat penyokong sukan itu. Lihat sahaja penyokong Kelantan, pasukan tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan, mereka membakar kain rentang dan kerusi. Bukan itu sahaja, botol air mineral, batu dan mercun dibaling sesuka hati ke padang.
Menurut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery, 224 kerusi, pintu pagar dan tandas dilaporkan rosak membabitkan kerugian bernilai RM214,000. Itu semua duit rakyat.
Sama seperti warga Afrika, bukan semua jahat, begitu juga penyokong pasukan Kelantan, cuma sebahagian berotak dangkal, tindakan tidak terkawal.
Awe Oh! Awe, gapo demo jadi lagu tu?


%5B1%5D.jpg)









